Cornelius Henry 
+60107965263


Selamat Sejahtera, Terima kasih kerana sudi melawat laman web ini. Saya tahu anda sibuk. Saya juga sebenarnya sibuk.  So, straight to the point. 

Saya hanya minta anda untuk fokus 10 minit je. 


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat website ini. Untuk makluman anda, saya adalah usahawan yang berkecimpung dalam penanaman pisang berangan tisu kultur dan pada masa yang sama adalah agen pengedar yang sah untuk baja organik foliar DI Grow yang mana ianya juga adalah produk keluaran Malaysia.

Kos yang semakin meningkat  


Adakah anda seorang PETANI atau USAHAWAN TANI? 

Anda mungkin sedang berhadapan dengan masalah peningkatan kos baja yang membebankan. Ini adalah kerana akibat dari kenaikan bahan mentah untuk memproses baja pertanian.

Ekonomi kita di Malaysia semakin lama semakin menyebabkan kenaikan harga baja dan sedikit sebanyak ini memberikan impak yang tidak baik kepada semua yang terlibat dalam sektor pertanian.  Secara tidak langsung ini juga menjejaskan pengeluaran hasil kerana kekurangan baja oleh sebab faktor kos meningkat dan kurangnya pembajaan yang berkesan ke atas tanaman mereka. 

Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Namun begitu tidak kurang juga ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik. 

Kesan Negatif Baja Kimia 


Penggunaan baja kimia yang berterusan akan menjadikan tanah menjadi kering dan tandus. Ini akan menyebabkan tanah sukar menampung air dengan berkesan. Selain itu, nutrien yang terhasil dari baja yang ditabur juga menjadi lambat untuk diserap oleh tanah disebabkan keadaan tanah tersebut yang telah berasid. 

Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, peladang dan petani terpaksa meningkatkan dos baja agar tanaman mendapat hasil yang diinginkan. Kesan jangka panjang, tanah akan terus menjadi tandus dan peningkatan penggunaan baja kimia akan terus dijadikan cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Disebabkan hal tersebut, pelbagai kaedah dan inisiatif petani dan peladang untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah yang paling selamat dan berkesan adalah menukar kaedah pembajaan yang lebih baik, selamat serta menjimatkan. 

Kaedah pembajaan tersebut adalah menukar dari penggunaan baja kimia kepada baja organik. Baja organik bukan sahaja akan membantu peladang dan petani mendapat tanah yang subur, malah hasil tanaman yang lebih baik. Sifat baja organik itu sendiri membantu meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan aktiviti mikrob dan biologikal dalam tanah dan melepaskan nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kadar yang diperlukan.

Tanah yang subur akan memangkin kepada tanaman yang berkualiti dan sihat. Suburkan tanah anda dahulu sebelum terlambat. 

Belai tanaman anda dengan bahan semulajadi dan kembali kepada keadaan asalnya.  


Dengan sukacitanya, saya ingin memperkenalkan kepada pihak tuan mengenai sejenis Baja Organik Foliar Di Grow keluaran tempatan yang telah dicampur, dirumus dan telah melalui pelbagai kombinasi formula secara organik dan menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat.

Ianya adalah Baja Organik Foliar (Cecair) yang dirumus dengan sumber organik campuran ekstrak rumpai laut yang dikenali dengan nama saintifiknya Acadian Seaweed yang terbukti berkesan membantu pertumbuhan, kesuburan, pembungaan dan pembuahan tanaman. 

Baja ini sangat sesuai digunakan ke atas semua jenis tanaman beriklim tropika dan sederhana tropika termasuklah sayur-sayuran, tanaman hiasan dan pokok buah-buahan. Tidak ketinggalan tanaman komersil seperti kelapa sawit, koko, kopi dan sebagainya.


Masalah Kenaikan Kos Baja Dapat Dikurangkan Dengan Penggunaan Baja Organik Foliar DI GROW.  

MEMPERKENALKAN 





BAJA ORGANIK FOLIAR DI GROW


Laporan wartawan mengenai keberkesanan baja organik cecair DI Grow telah dimuatkan di dalam akbar Utusan Malaysia pada 09 Ogos 2010 anda boleh lihat dan baca di bawah. 

Hasil meningkat dengan D.I Grow



SETIAP makhluk ciptaan Tuhan memerlukan bantuan tambahan seperti vitamin dan nutrisi untuk terus hidup. Begitu juga dengan tumbuhan yang memerlukan baja untuk terus hidup sihat.

Untuk itu, pelbagai produk baja dihasilkan untuk tujuan menyuburkan tanaman dan juga meningkatkan hasil.

Terbaru, teknologi baja mesra alam, D.I.Grow dihasilkan dan merupakan produk yang sangat efektif.

Kandungan N.P.K yang tinggi sesuai untuk semua tanaman beriklim tropika mahupun tanaman beriklim sederhana sejuk.

Tinjauan ke atas pengguna yang telah menggunakan baja ini mendapati, D.I. Grow mampu meningkatkan hasil sebanyak 70 peratus hingga ke 100 peratus.

Taraf peningkatan kesihatan tanaman turut dapat dirasai.

Selain daripada menyuburkan tanaman baja D.I.Grow turut membantu memperbaiki kualiti tanah, mempertingkatkan sistem rerambut akar dan juga akar, agar dapat berfungsi membantu meningkatkan penyerapan air dan baja oleh pokok.

Selain itu ia juga merangsangkan proses pendebungaan dan mengurangkan proses pengguguran bunga dan juga putik, mempercepatkan proses kematangan pokok, manakala Acadian seaweed yang mengandungi asid amino yang tinggi dapat membantu dalam mempertingkatkan keperluan asas pokok.

Baja D.I. Grow telah dicipta dengan dua jenis produk yang berbeza. Iaitu pakej botol merah dan hijau. Kedua-dua kandungan N.P.K turut berbeza.

Bagi pakej botol hijau, kandungan nisbah N.P.K 21:21:21.

Penghasilan nisbah N.P.K sedemikian bertujuan membantu tumbuhan menerima protein, enzim, klorofil, dan vitamin yang secukupnya.

Dengan adanya agen-agen tersebut tanaman dapat hidup dengan lebih segar dan sihat serta memperbaiki mutu daun yang lebih sihat.

Hasilnya boleh dilihat daripada daun yang kelihatan hijau berkilat dan ia sesuai untuk meningkatkan hasil pengeluaran industri tanaman untuk makanan ternakan seperti napier.

Produk baja bagi botol hijau sesuai untuk pertubuhan pokok yang yang menggunakan biji benih sebagai asas.

Bagi produk baja merah pula, kandungan N.P.K agak berbeza iaitu 12:25:30.

Kajian telah membuktikan apabila petani menggunakan produk baja D.I. Grow sama ada hijau atau merah, ia menggalakkan penghasilan bunga dan buah yang lebih banyak.

Ia terbukti untuk apa juga tanaman termasuk durian, dan kelapa sawit.

Bagi kelapa sawit, saiz buah lebih besar dan lebih berat.

Perkara tersebut berlaku kerana tumbuhan tersebut telah mendapat khasiat atau nutrisi yang secukupnya daripada baja D.I. Grow.

Selain membantu menyihatkan pokok dan menggalakkan hasil tanaman, D.I. Grow turut memberi kesan kepada hasil ternakan.

Di Indonesia contohnya, petani telah mencampurkan produk baja D.I. Grow ini pada makanan ternakan.

Hasilnya ternakan tersebut kelihatan lebih sihat dan berat haiwan tersebut turut bertambah.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 


APA ITU DI GROW? 


DI Grow adalah sejenis baja organik jenis cecair atau foliar yang dihasilkan di negara Malaysia tetapi menggunakan formula dan teknologi dari Amerika Syarikat. Ia adalah satu produk yang 100% berasaskan sumber organik asli dari ekstrak rumpai laut yang juga dikenali sebagai Acadian Seawead.

Negara maju di barat seperti di Eropah dan Amerka Syarikat menggunakan rumpai laut sebagai bahan asas untuk menghasilkan baja kerana Acadian Seawead telah terbukti berkesan mendorong kesuburan tumbuhan dan dalam masa yang sama mampu melipatgandakan hasil tuaian tanaman mereka.


 Acadian Seaweed:  Salah satu asas baja DI Grow

Ini adalah sample akar tumbuhan, di sebelah kiri menggunakan baja dengan rumpai laut dan di sebelah kanan menggunakan baja tanpa rumpai laut



Bagaimana Kita Hendak Mengetahui Kesan Akibat Ketidakseimbangan Nutrien Terhadap Tanaman?  


Nitrogen   Daun mengecil dan berwarna pudar, tumbesarannya lewat / lambat
Phosporus: Sistem akar tumbuhan menjadi lemah, daun kering dan gugur
Kalium  :Pertumbuhan lambat dan mudah diserang jangkitan penyakit
Magnesium :Tumbesaran terbantut, lambat mengeluarkan tunas dan berbuah
Sulfur :Batang pokok rapuh, buah lambat matang serta daun jadi hijau pudar
Boron :Sistem akar tumbuhan lemah dan pokok mudah tumbang

 Komposisi DI Grow

                                        Kandungan nutrien dalam DI Grow Hijau 

BAJA DI GROW HIJAU
(growth booster) 
Sesuai digunakan pada peringkat pertumbuhan pokok / tanaman

  • Mengandungi mikro-nutrien kelat dan bio-perangsan gyang dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien tanaman
  • Menggalakkan percambahan biji, pertumbuhan akar dan pertumbuhan umum yang lain
  • Menggalakkan tumbesaran sel-sel supaya menghasilkan tanaman yang lebih subur yang dapat memanafaatkan proses perbuahan dan perbungaan
  • Meningkatkan kadar fotosintesis daun dan merangsangkan penyerapan nutrien oleh akar tumbuh-tumbuhan
  • Rumusan yang sesuai untuk digunakan bersama racun serangga dan racun kulat
  • Bersifat mesra alam
                                      Kandungan nutrien dalam DI Grow Merah

BAJA DI GROW MERAH
(fruits and flowers enhancer) 
Sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan

  • Mengandungi mikro-nutrien dan bio-perangsang yang dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien tanaman
  • Mempercepatkan kematangan tanaman Merangsang proses perbungaan dan perbuahan serta mengurangkan keguguran bunga dan putik
  • Meningkatkan kualiti buah serta jangka hayatnya, menghasilkan warna buah yang menarik dan isi yang lazat
  • Meningkatkan kadar fotosintesis daun dan merangsang penyerapan nutrien oleh akar tumbuh-tumbuhan
  • Rumusan yang sesuai untuk digunakan bersama racun serangga dan racun kulat
  • Bersifat mesra alam

CARA MUDAH PENGGUNAAN BAJA FOLIAR DI GROW UNTUK KELAPA SAWIT


Sila Tonton Video Cara Penggunaan Baja DI Grow di Video di bawah ya...jangan skip-skip, forward-forward dan lihat betapa senangnya penggunaan baja ini =) 

Panduan Semburan Baja DI Grow untuk Kelapa Sawit 


Mula-mula anda kena menggunakan baja DI GROW berwarna HIJAU pada bulan yang pertama. Pada bulan yang ke-2, anda kena menyemburnya dengan menggunakan baja DI GROW berwarna MERAH. Seterusnya pada bulan ke-3, semburkan lagi DI GROW Hijau dan demikian pula pada bulan ke-4 gunakan DI GROW Merah. Semburan harus dilakukan secara selang-seli antara baja foliar DI Grow Hijau dan Merah.  

Selepas anda melakukan semburan selama 6 bulan, anda akan mendapati suatu perubahan ketara di mana daun-daun kelapa sawit akan kelihatan hijau pekar dan pelepah kelapa sawit terasa lembut apabila ditombak dan pada masa yang sama kita akan mendapati buah kelapa sawit semakin lebat dan besar selepas penggunaan baja foliar organik DI Grow. 

Lihat panduan video youtube di bawah...



Anda akan nampak perubahan yang sangat ketera selepas enam bulan semburan, dedaunan kelapa sawit kelihatan menghijau kepekatan sementara pelepah kelapa sawit rasa lembut apabila ditumbak pada masa sama buah kelapa sawit bertambah lebat dan besar kesan daripada penggunaan baja foliar DI Grow. 

 1 
     Bulan Januari     DI Grow Hijau
 2 
     Bulan Februari     DI Grow Merah
 3 
     Bulan Mac     DI Grow Hijau
 4 
     Bulan April     DI Grow Merah
 5 
     Bulan Mei     DI Groe Hijau

CONTOH JADUAL PENGGUNAAN DI GROW


Cara yang terbaik menggunakan DI Grow dengan menyembur pada daun kelapa sawit (untuk pokok yang masih rendah), keliling batang pokok setinggi 3 kaki dari pangkalnya ke atas, tanah di sekeliling pokok. Sementara untuk pokok yang tinggi sembur DI Grow pada keliling batang pokok bermula dari pangkal ke atas setinggi 3 kaki dan bahagian tanah keliling 3 kaki.

Pastikan penyemburan DI Grow dilakukan selepas proses tuaian/menumbak buah, kerana DI Grow akan menggantikan nutrien (zat makanan) pokok yang telah hilang selepas proses tuaian.

Seperkara lagi, sebelum menyemburkan baja DI Grow, pastikan untuk membersihkan kawasan keliling pokok daripada ditumbuhi rumput rumpai, kerana ia akan mengurangkan penyerapan oleh akar pokok sawit.

DI Grow Hijau berfungsi untuk proses menyuburkan pokok sawit dan pada masa sama boleh mengeluarkan bunga dan buah.

DI Grow Merah berfungsi untuk proses meningkatkan dan menambah bunga dan buah serta memperbaiki mutu/kualiti dan hasil tuaian buah sawit.

USIA POKOK SAWIT
DI GROW
AIR
  Pokok 1 - 4 Tahun  75 ml (3 penutup)  18 liter air  
  Pokok 5 - 9 Tahun  100 ml (4 penutup)  18 liter air
  Pokok 10 - 14 Tahun  200 ml (8 penutup)  18 liter air
  Pokok 15 Tahun Ke-atas  300 ml (12 penutup)  18 liter air

SUKATAN SEMBURAN DI GROW UNTUK POKOK SAWIT


CARA PENGGUNAAN BAJA FOLIAR DI GROW UNTUK PISANG


Panduan Kaedah Suntikan Baja DI Grow untuk Pisang


Baja D.I Grow disuntik ke batang pisang. Teknik ini sangat sesuai digunakan oleh pekebun tanaman pisang. Ianya sangat mudah, menjimatkan serta memberi kesan penghasilan terbaik. Anda cuma perlu menggunakan 5ml baja DI Grow tanpa campuran air. 

Anda cuma perlu menggunakan 5ml baja DI Grow tanpa campuran air. Anda perlu menyuntik DI Grow Hijau dahulu untuk kesuburan selama 14 hari (2 minggu) dan selepas itu anda bolehlah menggunakan baja DI Grow warna merah apabila pisang anda sudah mula menunjukkan hampir berbuah.

Tujuan Pembajaan  

  • Menambah bahan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan
  • Meningkatkan hasil dan mutu tanaman
  • Memanjangkan jangka hayat tumbuhan
  • Mencegah pengguguran putik, bunga dan buah
  • Mempertingkatkan daya tahan tanaman / mencegah penyakit dan lain-lain

Testimonial Penggunaan Baja DI Grow


Pokok nangka (Gambar atas) di kawasan penanaman kelapa sawit Kg. Lalasun, Rancangan Sungai Manila, Sandakan. 

Beberapa tahun saya perhatikan pokok nangka tersebut tidak menghasilkan buah. Kemudian saya telah menyemburnya dengan baja DI Grow Hijau pada bulan Mac 2012, sebulan selepas itu saya sembur dengan DI Grow Merah kemudian sebulan selepasnya saya sembur lagi dengan DI Grow Hijau.   

Pada bulan ke empat, pokok nangka berkenaan telah menghasilkan buah, ini adalah kesan daripada kekuatan semburan baja DI Grow menggalakkan pembungaan dan pembuahan ke atas pokok nangka berkenaan.. 



KENAPA HARUS MEMAKAI BAJA ORGANIK FOLIAR DI GROW?

BAJA FOLIAR (CECAIR) ORGANIK MESRA ALAM DI GROW YANG MAMPU MENINGKATKAN PENGELUARAN HASIL TANAMAN SEHINGGA 70% - 100%...

Menambah sumber nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan 
Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti.
Meningkatkan hasil dan juga kualiti tanaman 
Penggunaan Baja Organik DI Grow juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil dengan cepat dan mudah.
Memanjangkan jangka hayat tumbuhan 
Oleh kerana DI Grow mencukupkan nutrien tanaman maka ianya menjadi lebih kuat sehingga mencegah keguguran pra-matang
Mencegah daripada keguguran putik, bunga dan buah 
Membantu penyerapan nutrien dan mineral pada tumbuhan mengurangkan kesan lecur, pengguguran bunga, putik dan buah.
Mempertingkat daya tahan tanaman serta mencagah daripada serangan penyakit  
Mempertingkatkan daya ketahanan tanaman terhadap serangan serangga, kulat dan bakteria.

DAPATKAN SEKARANG!  

Bagaimana cara menempah / membeli baja DI Grow...? 

 

PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK KAWASAN KOTA KINABALU DAN SEKITARNYA.

Untuk Penghantaran Di Luar Bandar Kota Kinabalu Sila Whatsapp +60107965263.

 
Cornelius Henry (0107965263)
Pengedar DI Grow